Air buah-buahan adalah salah satu minuman yang berkhasiat dan merupakan antara diet yang berkesan.

Disebabkan terlalu obses dengan air buah-buahan ini, seorang wanita berusia 51 tahun yang dikenali dengan nama Zeng dari China, telah menyuntik air dari 20 campuran buah-buahan ke dalam salur darahnya.
Menggunakan beg IV drip, wanita ini memasukkan air buah-buahan terus kedalam salur darahnya kerana menyangka ia adalah baik untuk kesihatan. Wanita ini juga menyangka air buah-buahan adalah segar dan tidak merbahayakan.

Selepas seketika, Zeng merasakan suhu badannya naik mendadak dan rasa gatal seluruh badan. Beliau dibawa ke hospital berdekatan dan diletakkan dalam unit rawatan rapi (ICU).

Hasil pemeriksaan mendapati, kebanyakkan organ dalamannya juga telah rosak seperti hati, jantung dan paru-paru.
Sumber: Elite Reader
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.