Pernahkah anda merasa letih berterusan sepanjang masa dengan gejala lain seperti pening, sesak nafas dan jantung berdenyut kencang?
Jika YA, ia adalah antara tanda-tanda seseorang itu menghidap anemia.
Anemia adalah keadaan dimana kekurangan sel darah merah dalam darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Dalam maksud lain, anemia membawa erti kekurangan hemoglobin, dimana bagi wanita normal adalah 11.5 hingga 16.5g/dL manakala bagi lelaki adalah 12.5 hingga 18.5g/dL.
Masalah anemia ini boleh terjadi apabila seseorang individu itu kehilangan darah sama ada akut atau kronik seperti kemalangan atau pembedahan. Dalam kes berbeza, anemia juga boleh berlaku apabila kekurangan penghasilan sel darah merah dalam sum-sum tulang yang disebabkan oleh kurangnya zat besi, vitamin B12, folate dan juga erythropoietin.
Anemia yang teruk boleh menyebabkan fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi selain juga menyebabkan masalah kepada wanita mengandung seperti kelahiran bayi pramatang dan kerencatan pertumbuhan janin dalam kandungan.
Justeru, pemeriksaan paras hemoglobin adalah perlu dijalankan bagi menentukan sama ada individu itu mengalami anemia atau tiadak. Rawatan adalah bergantung kepada punca anemia yang dihadapi, seperti:
1. Jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti talasemia, leukaemia, rawatan khusus perlu dilakukan.
2. Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka seseorang itu perlu mengambil makanan seimbang yang kaya dengan zat besi seperti hati, paha ayam, dan kacang tanah, serta mengambil pil suplemen zat besi.
Sumber: Myheatlh Gov
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.