Pelakon Adam Corrie Lee mengakui bahawa dirinya cuba berpegang teguh dengan prinsip tidak bersentuhan ketika berlakon dengan pelakon wanita yang bukan mahramnya.
Menurut Adam, dia seboleh-bolehnya mengelak daripada bersentuhan tanpa berlapik letika berlakon dengan wanita lain dan mempunyai perbincangan dengan pengarah jika ada babak romantis.
Bahkan dia turut berkata ada cara lain untuk menzahirkan perasaan cinta tanapa bersentuhan dalam babak romantis.
"Saya cuba untuk tidak bersentuhan dengan wanita lain ketika berlakon, elak seboleh-bolehnya.
"Bagi saya ada banyak cara untuk meluahkan perasaan dan menjayakan watak itu dengan emosi 150 peratus.
"Cuma kadang-kadang ada masanya tak dapat elak tetapi kita akan cuba berbincang dengan pengarah untuk mengubahsuai caranya supaya tiada bersentuhan," ujarnya kepada Gempak.
Tindakan Adam itu ekoran kecaman yang diterima selepas memeluk agama Islam.
"Terlalu ramai yang kecam saya selepas masuk Islam, kata mereka itu tak boleh ini tak boleh jadi saya cuba mengikuti panduan itu.
"Kalau boleh macam-macam saya cuba elak tetapi apakan daya saya cuma manusia yang banyak melakukan dosa, tiada ilmu dan kekuatan.
"Apapun, pendekatan saya cuba melakukan yang terbaik untuk tidak bersentuhan terlebih dahulu dengan bukan mahram," tambahnya.
Adam berpegang teguh dengan prinsip itu dan dipraktikkan dalam filem Ada Apa Dengan Dosa bergandingan dengan pelakon, Fasha Sandha.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.