Pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Alif Satar meluahkan rasa teruja dan terharu akhirnya dapat kembali ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat selepas beberapa bulan tidak dapat melakukan ibadat tersebut.
Menerusi perkongsian Alif di Instagram, Alif sarankan orang ramai supaya memenuhkan masjid dan supaya datang lebih awal ke masjid selepas ini.
“Alhamdulillah, solat jumaat pertama norma baharu.
“Jom ramai-ramai penuhkan masjid dan surau kita. Feels great to come back home.
Alif turut berkata jika dulu kalau sampai ke masjid seawal pukul 12, dia dapat duduk di saf pertama. Tapi kini, kalau ikut masa seperti sebelum ini akan dapat saf ketujuh.
“P/S: Datang awal, kalau dulu pukul 12 boleh saf pertama, sekarang kalau datang timing sama dapat saf ke-7. Bawa sejadah!”
Menerusi perkongsian di IG story, Alif turut berkongsi bahawa selepas ini dia kena datang seawal pukul 11 pagi jika ingin mendapat nombor lebih awal.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.