Pengacara dan usahawanita terkenal, Neelofa terus menerima tawaran daripada stesen televisyen untuk menjadi pengacara biarpun dengan imej barunya.
Bagaimanapun, Neelofa berkata buat masa ini beliau menolak tawaran-tawaran itu kerana masih belum bersedia untuk kembali aktif dalam dunia hiburan.
“Saya cakap, bagi saya fikir dahulu. Sepatutnya, komitmen saya pada November dan Disember lalu, namun keadaan tidak mengizinkan kerana ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan.
Neelofa juga turut menambah akan beliau mahu menimba ilmu pengetahuan dahulu agar dapat menyampaikan pengisian yang kukuh.
“Jika bersedia menerima tawaran itu, saya tidak mahu pergi kosong. Sebaliknya, biarlah saya fokus kepada pengisian dan menimba ilmu terlebih dulu,” kata Neelofa.
Sumber: GEMPAK
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.