Pelakon Bollywood, Sana Khan mendirikan rumah tangga bersama seorang mufti, Anas Sayied pada 21 November lalu selepas sebulan membuat keputusan meninggalkan dunia hiburan demi mendekatkan diri dengan agama.
Sana Khan dan suami, Mufti Anas Sayied berkongsi gambar-gambar dan video perkahwinan mereka di Instagram serta menulis keindahan mendirikan rumah tangga kerana Allah SWT.
"Cintai satu sama lain kerana Allah. Kahwini satu sama lain kerana Allah. Semoga Allah menyatukan kita di dunia dan menyatukan kita di Jannah," tulis Sana pada sekeping gambarnya bersama Anas.
Mufti Anas Sayied turut memuat naik satu IGTV di Instagram miliknya yang menunjukkan majlis pernikahan mereka yang berlangsung di masjid.
"Majlis pernikahan yang berlangsung di masjid mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.
Maulana Ahmad Laat Sahab telah melaksanakan akad nikah disaksikan oleh Maulana Kaleem Siddiqui," tulis Anas pada IGTV tersebut.
Sebelum ini, Sana Khan adalah seorang pelakon Bollywood popular sama ada sebagai pelakon filem, mahupun pelakon TV dalam bahasa Hindi, Tamil serta Telugu. Karier seni Sana Khan bermula sejak tahun 2005 dan telah membintangi puluhan filem serta drama televisyen.
Anas Sayied pula merupakan seorang mufti dari Gujarat.
Sumber: Zee News India
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.