Penyanyi Adira Suhaimi dikatakan tidak begitu sibuk sepanjang Ramadan ini bagi memberi fokus sepenuhnya kepada keluarga tercinta.
Memetik laporan Gempak, Adira sengaja mengambil tawaran kerja yang minima sahaja sepanjang bulan Ramadan ini.
“Alhamdulillah, menyambut Ramadan kali ini pun baik-baik saja, saya pun sudah biasa dengan norma baharu sejak tahun lalu, sudah dua kali jalani Ramadan dalam tempoh pandemik ini.
“Dari segi kerja pula, seperti sebelum ini, saya akan kurangkan kerja ketika bulan Ramadan.
“Saya mahu tumpukan lebih perhatian kepada keluarga, kalau sebelum Ramadan, ya saya lebih sibuk bekerja,” katanya.
Malah, Adira ingin mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT dengan melakukan amalan kebaikan bagi memperoleh ganjaran pahala di samping keluarga.
Dalam perkembangan lain, Adira dalam perancangan untuk melancarkan lagu terbaharu pada tahun ini.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.