Sumber dari Mstar Online dan Instagram Mell Sakura Band
Berdasarkan gambar yang di muat naik oleh Mell dari Sakura Band semalam pada 9 Oktober 2017, akhirnya Mell membuka mulut mengenai dirinya yang kini sudah pun memeluk agama Islam pada tanggal hari kelahirannya yang ke-29 baru-baru ini.
Menerusi sumber dari Mstar Online yang menemubual Mell, dikhabarkan pendorong besar Mell untuk memeluk agama Islam ialah ibunya, Nur Batrisyah dan ini merupakan penghijrahan terbesar Mell sepanjang hidupnya. Menurut Mell lagi, ibunya merupakan seorang mualaf dan dialah yang sering memberi panduan dan dorongan untuk Mell. Dan kini agama Islam merupakan keputusan paling tepat yang dipilih oleh Mell untuk dijadikan panduan hidup.
Berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, Mell enggan mengulas lanjut mengenai isu agama yang dipilihnya ini kerana perlu menjaga hati banyak pihak. Alhamdulillah kami ucapkan untuk Mell yang kini sudah terbuka hatinya dan semoga Mell mendapat panduan yang lebih jelas lagi mengenai Islam selepas ini.
Dengarkan Zayan menerusi online di dengar.zayan.my
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.