Baru-baru ini, Alif Satar dan kumpulan nasyid Raihan telah berduet bagi menyanyikan semula lagu Sesungguhnya.
Semua orang pasti tahu lagu Sesungguhnya kerana lagu ini sangat popular pada tahun 2007. Pada asalnya ia dinyanyikan kumpulan Raihan dan kini mereka berduet bersama penyanyi Alif Satar untuk edisi remake.
Lagu penuh puitin ini telah ditulis dan digubah oleh Nazrie Johanie. Percayalah, jika anda menghayati lirik lagu ini dan mendengar gabungan suara padu dari Alif Satar dan Raihan, pasti boleh membuatkan air mata anda mengalir.
Video muzik lagu Sesungguhnya 2019 telah dimuat naik pada laman akaun Youtube Alif Satar dan telah mendapat tontonan lebih 10 ribu dalam masa 6 jam. Jom sama-sama kita dengar lagu ini
Sumber: Youtube Alif Satar
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.