Pelakon Amar Baharin mengakui terkesan apabila penggambaran bagi drama bersiri Hati Yang Dikhianati terpaksa ditangguhkan kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 atau ‘total lockdown’.
Amar Baharin akur akan arahan kerajaan dan bagi memastikan rantaian COVID-19 ini dapat diputuskan sehingga penurunan kes satu hari nanti.
“Susulan pelaksanaan PKP 3.0 melibatkan sekatan pergerakan skala penuh bagi sektor sosial dan ekonomi yang dikeluarkan oleh kerajaan atas faktor keselamatan.
“Pihak Astro Prima dan syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd. mengambil keputusan untuk menghentikan sebarang aktiviti penggambaran drama adaptasi ‘Hati Yang Dikhianati’,” katanya.
Bagi mengisi masa terluang, pelakon serba boleh itu berkongsi di laman Instagram sebuah video dia sedang mengaji bagi mengisi masa lapang.
Ia bukanlah satu alasan baginya untuk tidak mengamalkan amalan itu biarpun penggambaran terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu ini.
“Satu per tiga malam, waktu yang terbaik kita nak buat extra. Tenang, anak-anak dah tidur. Tiba-tiba rupanya ada yang muncul. Nak sertai mengaji katanya,” tulis Amar.
Alunan surah Al-Mulk bacaan Amar itu membuatkan ramai warganet tersentuh sehingga memberi inspirasi buat mereka untuk membaca Al-Quran.
“MashaAllah merdunya suara,” komen salah seorang pengikutnya.
“Respect (hormati) Amar baca surah Al-Mulk, sejuk sahaja dengar,” ujar seorang warganet.
Sumber: Instagram Amar Baharin
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.