Umur bukan penghalang untuk kita mempelajari sesuatu ilmu apatah lagi ilmu Al-Quran. Begitulah yang luahkan oleh Ameng Spring. Beliau rasa bersyukur kerana masih diberi peluang untuk mempelajari Al-Quran dan mengenali hurut-huruf Al-Quran walaupun umur sudah cecah 42 tahun.
Beliau berkongsi perkara tersebut melalui satu hantaran di Instagram kepunyaannya baru-baru ini.
Menurut Ameng dalam hantaran tersebut, dia berazam untuk mempelajari ilmu dan bacaan serta menghafaz Al-Quran.
“Alhamdulillah saya diberi peluang dan ruang oleh Allah SWT untuk saya mencintai Al-Quran.
“Di umur 42 tahun, saya mula mengenal huruf-huruf Al-Quran dan di saat itu saya berazam untuk menjadikan Al Quran sahabat karib saya dan berazam untuk mempelajari ilmu dan bacaan Al-Quran.
“Kalau saya boleh menghafal lirik lirik lagu. Tak kan saya tak cuba untuk menghafal ayat-ayat suci Al-Quran. Saya tekad. InshaAllah setiap niat baik kita kalau kita bersungguh sungguh. InshaAllah segalanya akan dipermudahkan,” tulisnya di Instagram.
“Semoga segala amalan kita diterimaNya. Jadikan Al Quran, naskah wajib yang kita baca setiap hari. Jangan tinggalkan,” tambahnya lagi.
Sebelum ini, sudah menjadi hasrat Ameng untuk membuka kelas mengaji Al-Quran. Bahkan, Ameng turut berkongsi bacaan Al-Quran di laman YouTube miliknya.
Jika anda ingin tahu kisah inspirasi Ameng Spring boleh tonton video daripada ZAYAN ini.
Sumber: Instagram Ameng Spring // Youtube // Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.