
Kredit gambar: Astro Awani
Anak kepada pelakon dan pelawak Mr Os yang dikenali sebagai Syafiqa Harya meluahkan rasa sedih kerana arwah ayahnya tidak sempat melihat kejayaan beliau menggenggam segulung ijazah perubatan.
Walaupun demikian, dia tetap menganggap perkara itu sebagai pembakar semangat untuknya agar lebih maju untuk mencapai kejayaan.
"Kejayaan ini saya dedikasikan kepada arwah ayah kerana banyak menyokong saya untuk menceburi bidang perubatan.
"Ijazah ini hadiah untuk arwah ayah. Alhamdulillah ijazah ini amat besar maknanya kepada saya dan terima kasih kepada arwah ayah serta keluarga yang sering memberi semangat untuk saya meneruskan cita-cita.
Cerita Syafiqa, ayahnya sering berpesan supaya menjadi seorang doktor agar dapat berbakti kepada masyarakat dan berkhidmat kerana Allah.
Syafiq merupakan seorang pelajar perubatan di Mesir.
Mr Os meninggal dunia pada 8 April 2016 di Hospital Selayang akibat kanser paru-paru.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.