Sebagai umat Islam, kita digalakkan memperbanyak membaca Al-Quran bagi memperoleh ganjaran pahala yang berlipat ganda.
Penyampai radio ZAYAN dari ZAYAN Salam Bros, Anas Tahir mengalunkan bacaan Al-Quran istimewa untuk pengikut ZAYAN.
Penyanyi berusia 38 tahun ini juga berkongsi surah pilihannya iaitu Surah Al-Baqarah, ayat 21 dan 22 sempena ZAYAN Ngaji sepanjang bulan Ramadan ini.
Surah Al-Baqarah merupakan surah kedua dan surah terpanjang dalam kitab suci Al-Quran yang mengandungi 286 ayat.
Surah ini juga menuntut hambanya untuk beriman kepada-Nya dan hanya menyembah Allah SWT tanpa menyekutukan-Nya.
Bacaan yang dialunkan Anas Tahir boleh ditonton di YouTube rasmi ZAYAN dan pelbagai kandungan menarik boleh dinikmati sepanjang bulan Ramadan ini.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.