Pelakon, Aprena Manrose tampil dengan imej berhijab sejak kebelakangan ini dan menjadi rutin untuk penggayaannya setiap hari.
Memetik laporan Gempak, Aprena masih belajar dalam ilmu agama dan memohon doa daripada orang ramai.
“Ya, saya masih sedang belajar lagi untuk bertudung. Masa bulan puasa hari itu memang saya niat nak belajar pakai tudung.
“Soal hijab kalau boleh saya tidak mahu bercakap apa-apa. Biarlah jika perkara itu berlaku (berhijab sepenuhnya) saya yang akan beritahu sendiri.
“Mohon doa semua orang yang baik-baik buat saya,” katanya.
Warganet juga tertanya-tanya dengan imej baharu Aprena apabila dilihat memuat naik foto mengenakan tudung di laman media sosialnya.
“Cantik Aprena pakai tudung semoga istiqamah,” komen salah seorang peminat.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.