Penyanyi dan pelakon Azza Elite meluahkan rasa sebak apabila lonjakan kes COVID-19 semakin merisaukan masyarakat.
Nor Azzarima Zawari atau mesra disapa Azza menangis teresak-esak dan bimbang akan situasi semasa yang sedang berlaku ketika ini dan meminta pihak kerajaan melaksanakan ‘total lockdown’ untuk memutuskan penularan wabak ini.
“Hari ini adalah hari yang menakutkan, dada berdebar bila baca kat media sosial.
“Saya minta maaf kat semua sebab saya ada anxiety (kerisauan melampau) sangat teruk. Macam macam berlaku di sekeliling, saya risau mak dan anak di kampung” katanya.
Menerusi hantaran di akaun Instagramnya, Azza dilihat merayu orang ramai juga untuk tidak keluar rumah dan menjaga diri masing-masing.
“Tolong lah kesian kat barisan hadapan! Dia orang pun ada keluarga! Saya bersama jutaan rakyat malaysia bersama barisan hadapan,” ujarnya lagi.
Rata-rata warganet turut berduka atas ujian yang menimpa negara dan mengajak untuk berdoa agar pandemik ini akan berakhir di bumi tercinta.
Sumber: Instagram Azza Elite
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.