Penyanyi Zizi Kirana, terus istiqamah mengenakan pemakaian tudung pada tahun ketiga Ramadan kali ini.
Nur Fazelah Mad Tahil atau mesra disapa Zizi, dia berkata bertudung di bulan penuh keberkatan ini hanya kerelaan sendiri dan tiada paksaan daripada mana-mana pihak.
Menerusi hantaran di akaun Instagramnya, Zizi manis mengenakan tudung dan jubah yang menutup aurat sehingga mendapat pujian para peminatnya.
Warganet juga mendoakan agar Zizi kekal berpakaian sebegini biarpun selepas Ramadan. Sedikit sebanyak, dia memberikan inspirasi yang baik buat pengikutnya di Instagram.
Dalam perkembangan terkini, penyanyi lagu hits ‘Eh’ sibuk menjalani penggambaran drama, pembikinan video muzik lagu raya dan beberapa program televisyen.
Tambahnya lagi, sebanyak dua buah lagu terbaharu dikeluarkan sempena Ramadan kali ini iaitu Syafaat kolaborasi bersama kumpulan UNIC dan lagu Ramadan bersama hafiz Hamidun.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.