Penyanyi rap, Ariz Ramli atau dikenali sebagai Caprice mendedahkan akan ke Gaza, Palestin untuk membantu rakyat Palestin yang ditindas akibat serangan Israel bulan lalu.
Caprice menegaskan beliau sentiasa memberikan sokongan kepada Ebit Lew atas semua kerja kebajikan yang dijalankan pendakwah itu.
“Alhamdulillah, Caprice sendiri telah dijemput untuk ke Gaza, sepatutnya kami bertolak dalam tempoh dua minggu ini, namun selepas kerajaan mengumumkan lanjutan pelaksanaan PKP 3.0, kemungkinan kita akan bertolak hujung bulan ini.
“Saya tidak sabar nak ke sana (Palestin) terutamanya selepas Instagram Live saya sebelum ini, banyak perkongsian dan networking dengan orang dI Palestin and Israel,” katanya.
Tambahnya, tujuan kunjungannya bagi membantu dan meneruskan misi bantuan kemanusiaan demi Ummah.
Penyanyi itu juga menghormati solidariti yang ditunjukkan rakyat Malaysia bagi menindas perbuatan yang kejam terhadap saudara di Palestin.
“Saya bersyukur sejak kita ada (aplikasi) media sosial seperti Tik Tok, kesedaran tentang Palestin ini semakin meningkat,” katanya.
Caprice menyeru semua rakyat Malaysia agar berdoa dan memberikan sokongan penuh kepada saudara di Palestin agar bebas daripada Israel.
“Perjuangan ini sudah lama dan berpanjangan dan akan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan,” ujarnya lagi.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.