Penyanyi rap dan usahawan, Caprice yang mendapat kebenaran saat akhir untuk ke Gaza telah selamat sampai di Cairo, Mesir pada Khamis lalu.
Menerusi hantaran di Instagram, Caprice sempat melawat sebuah keluarga asal Gaza ditempatkan di Hospital Palestin.
“Lebih 18 jam tak tidur, sampai Mesir terus ke Palestine Hospital untuk lawat seorang mak dari Gaza dan anak dia memerlukan kebergantungan hidup dan perlu ventilator baru,” katanya.
Misi kemanusiaannya ke Gaza itu akan diteruskan lagi dengan memasuki Semenanjung Gaza.
Caprice juga berterima kasih kepada semua atas sokongan yang diberikan dan semangat yang kuat untuk dia meneruskan misi tersebut.
Sumber: Instagram
[Artikel Berkaitan] Caprice Dapat Kebenaran Saat Akhir Untuk Ke Gaza, Mohon Doa Rakyat Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.