Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

scoop

Doa Sam Bunkface Terkabul Untuk Buat Lagu Ketuhanan

Kolaborasi hebat gabungan Sam Bunkface dan Inteam
Muhammad Izwan Zainal
15 Apr 2021, 01:28 PM

Lama tidak mendengar perkhabaran Sam Bunkface, vokalis kumpulan itu teruja dapat menghasilkan dan menyanyikan lagu berunsur ketuhanan bersama kumpulan Inteam menerusi lagu terbaharu berjudul Mencari Sinar.

doa sam bunkface terkabul untuk buat lagu ketuhanan

Sam berkata Mencari Sinar merupakan lagu nasyid pertama yang diterbitkannya sepanjang lebih 15 tahun dalam dunia seni tanah air.

Sebelum ini, penyanyi berusia 34 tahun itu pernah berdoa mahu menyebut nama Allah dan Rasul dalam lagu untuk kumpulannya namun selalu tidak berhasil.

doa sam bunkface terkabul untuk buat lagu ketuhanan

“Saya bersyukur sangat, Allah makbulkan doa saya apabila sebuah syarikat rakaman menawarkan saya untuk bergabung dengan Inteam dalam Mencari Sinar," katanya.

Sam turut menerapkan unsur muzik gambus yang dialunkan dan dimainkan sendiri oleh Fauziah Gambus, pemain gambus terkenal.

Dia menyifatkan kerjasama bersama kumpulan nasyid tersohor negara suatu proses yang mudah dan Sam berharap para peminat akan memberikan sokongan untuk lagu terbaharu mereka Mencari Sinar.

doa sam bunkface terkabul untuk buat lagu ketuhanan

“Alhamdulillah, bekerja dengan Inteam sangatlah mudah dan mereka juga lebih berpengalaman daripada saya jadi banyak saya boleh belajar daripada mereka.

“Yang penting, hayati mesej lagu ini dan semoga dapat memberi sedikit inspirasi dalam hidup anda,” katanya lagi.

Komposisi muzik dihasilkan Sam dan Epul Kuat, manakala karya lagu ini ditulis sepenuhnya oleh Allahyarham Ahmadi Hassan.

Kini, lagu sudah boleh didengari di platform penstriman muzik sejak 9 April lalu.
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}