Pendakwah dan usahawan Ustaz Ebit Lew luah rasa sebak setelah bertemu seorang kanak-kanak yang menjadi gelandangan selepas ibu bapanya meninggal dunia akibat COVID-19.
Kanak-kanak yang berusia 12 tahun itu tiada tempat bergantung dan tidur di jalanan sejak Januari lalu.
Menerusi hantaran di akaun Instagramnya, Ebit Lew berkongsi pertemuannya bersama kanak-kanak itu dan mencari penyelesaian dengan membantunya.
“Sayu sebak rasa bila terjumpa seorang adik umur 12 tahun di Bukit Raja Klang tidur di jalanan. Kecil lagi dah jadi gelandangan.
“Mak ayahnya baru meninggal Januari baru ini kerana positif covid. Kasihan hidup tanpa hala tuju lagi. Ramai orang sekitar cuba membantu. Ada yang mesej saya. Dia dah tiada sesiapa dalam hidupnya. Berat ujianmu duhai anak. Pasti ada hikmah disebalik semuanya,” katanya
Pendakwah ini pantas membantu kanak-kanak itu dengan membawanya membeli pakaian dan menghantar ke sebuah sekolah madrasah.
“Saya terus bergegas cari adik ni. Dari jauh tengok adik ini terus rasa nak menangis sebab baik dan beradab sangat.
“Saya tanya adik nak masuk sekolah madrasah. Nak ustaz. Nak jumpa mak ayah dalam syurga. Terus makin sedih, saya pun rindu mak. Rindu ayah. Kami solat sama-sama dan terus hantar adik ini masuk madrasah,” katanya.
Rata-rata pengikutnya kagum akan usaha Ebit yang mengambil berat kanak-kanak lelaki ini dan masing-masing meluahkan rasa sebak akan ujian yang ditempuh kanak-kanak itu.
“Allah.. besar ujian adik, Moga Allah permudahkan urusannya,” ujar salah seorang pengikutnya.
“Terima kasih ustaz kerana bantu adik ini, buat dia tersenyum. Semoga adik ini membesar jadi seorang insan yang akan berbakti kepada ramai orang lagi,” luah salah seorang warganet.
Sumber: Instagram Ebit Lew
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.