Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

scoop

Ebit Lew Luang Masa & Prihatin Tragedi Menimpa Keluarga Dua Beradik Lemas Jatuh Jambatan Gantung

Salam takziah buat keluarga mangsa yang terkorban.
Muhammad Izwan Zainal
02 May 2021, 02:00 PM

Kejadian menyayat hati dua beradik mati lemas setelah terjatuh dari jambatan di Kampung Rekoh mendapat perhatian pendakwah terkenal, Ebit Lew.

ebit lew luang masa & prihatin tragedi menimpa keluarga dua beradik lemas jatuh jambatan gantung

Menerusi hantaran di laman Facebook miliknya, Ebit Lew turut berkongsi rasa sedih dengan kejadian yang menimpa keluarga terbabit.

Pendakwah dan usahawan itu turut menghulurkan sumbangan bagi membaiki jambatan yang rosak hingga mengundang tragedi meragut nyawa kanak-kanak itu.

"Sayu rasa hati bila dengar dua adik comel lemas di Kampung Rekoh di mana sebelum kejadian, ibunya membawa mereka dengan menaiki motosikal ke klinik kerana kedua-duanya demam.

ebit lew luang masa & prihatin tragedi menimpa keluarga dua beradik lemas jatuh jambatan gantung

"Dah ambil ubat masa perjalanan balik, motosikal dinaiki tersangkut dan kedua anaknya terjatuh ke dalam sungai. Hampir dua hari hilang. Hari ini dijumpai dan dekat Asar tadi selesai pengkebumian. Innalilahi wa inna ilaihi rajiun," katanya.

Beliau turut meluangkan masa berjumpa ketua kampung untuk bertanya mengenai jambatan itu dan menyelesaikan punca tragedi itu berlaku akibat jambatan lusuh itu.

"Saya beri belanja untuk baiki pagar jambatan yang sudah rosak kerana banjir. Keadaannya yang licin boleh mendatangkan bahaya jika tiada pagar.

"Ahad ni mereka akan buat pagar dawai sepanjang jambatan itu. Saya lalu tadi sedih rasa bila lihat pagar dawai semua dah berlubang," katanya.

ebit lew luang masa & prihatin tragedi menimpa keluarga dua beradik lemas jatuh jambatan gantung

Ebit ambil berat akan kejadian itu dan bimbang ia akan berulang kerana ramai penduduk menggunakan jambatan tersebut untuk hantar anak ke sekolah dan urusan lain di seberang.

"Saya doakan jambatan baharu yang lebih baik dapat dibina disini dengan segera," ujarnya.

Kejadian yang berlaku pada Rabu lalu melibatkan dua beradik, Putri Rama Dhania Azahra Masari dan kakaknya Dhenis Maulida Putri.

ebit lew luang masa & prihatin tragedi menimpa keluarga dua beradik lemas jatuh jambatan gantung

Mangsa dikhuatiri lemas apabila terjatuh daripada jambatan gantung sebelum dihanyutkan arus.

Sumber: Facebook Ebit Lew

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}