
Bagi sesiapa yang mengikuti drama Elly dan Epit yang popular sekitar tahun 2011 hingga 2013 pasti mengenali watak Hujan dan Diana kan?
Baru-baru ini, pemegang dua watak tersebut telah diijabkabulkan dalam satu majlis yang serba sederhana. Mereka bergelar suami isteri selepas dinikahkan di Surau At-Taqwa Batalion 4, Semenyih pada hari Ahad.
Menurut ibu kedua-dua belah pihak Hadi Mazlan Dan Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah mula berkenalan melalui drama tersebut. Kedua ibu mereka juga turut menyatakan kegembiraan atas penyatuan mereka berdua dan mengharapkan jodoh mereka berkekalan.
Sumber: Sinar Harian , Instagram @Aidacdaud
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.