Bekas penyampai radio popular, Faizal Ismail mengakui pernah mengalami kemurungan dan gangguan tidur yang agak lama sepanjang hidupnya.
Faizal Ismail atau mesra disapa FBI mahu menyelesaikan masalahnya itu dan cuba mencari solusi sehingga bertemu dengan seorang ustaz.
“Pada mulanya saya mendapat gangguan tidur yang agak lama. Saya jadi resah gelisah dan boleh dikatakan kemurungan.
“Untuk mencari solusi ini, saya cuba rujuk pada seorang ustaz dan dia beritahu ia salah satu ujian dariNya kerana Dia hendak beri saya sesuatu.
“Selepas berguru dengan ustaz tersebut akhirnya saya bertemu jawapan dan kemudian saya membuat keputusan untuk menyertai tabligh,” katanya ketika temubual bersama ZAYAN.
Penyampai radio ZAYAN, Mawi dan Anas turut terharu dengan penghijrahan FBI tersebut dalam melalui kehidupan yang penuh cabaran ini.
Malah, Faizal juga memanjatkan kesyukuran dan berasa tenang selepas menyertai tabligh.
“Dalam masa tiga hari itu, saya seolah-olah dapat jawapan daripada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kedudukan saya sebagai hambaNya.
“Saya rasa saya dah jauh sangat daripada Dia, jauh sangat-sangat dan keduniaan yang saya kejar terlampau sangat.
“Saya telah tinggalkan semua yang patut saya buat sebagai hamba Allah SWT,” ujarnya lagi.
Ikuti temubual penuh Kisah Inspirasi bersama Faizal Ismail di YouTube rasmi ZAYAN.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.