
Selepas beberapa lama berteka-teki akhirnya, Mawi telah melancarkan filem pertama arahannya yang bertajuk Tiada Tajuk. Telah dilancarkan pada 1 Mac yang lalu, dan ini 10 fakta menarik tentang filem ini:
1. Kalau sebelum ni Mawi hanya berlakon filem dan pernah mengarahkan telefilem, namun kali ini Mawi mencabar dirinya untuk mengarahkan filem pula. Filem Tiada Tajuk merupakan filem pertama arahan Mawi.
2. Filem ini mencipta sejarah tersendiri apabila tajuknya sendiri bertajuk Tiada Tajuk dan Mawi menyimpan tajuk ini selama setahun. Bukan senang nak cari tajuk untuk sesebuah filem.
3. Selalunya pelancaran filem diadakan di pawagam ataupun tempat tertutup. Namun, Mawi mencipta kelainan dengan melancarkan filem ini di perkarangan pusat membeli belah Sogo dan dihadiri oleh orang ramai.
4. Antara perkara yang menarik dalam filem ini adalah menggunakan rumah dalam tanah. Hah, macam mana tu? Kalau nak tahu kena lah tengok.
5. Selalunya dalam sesebuah filem pasti akan ada beberapa wanita sebagai penyeri kepada jalan cerita. Namun, filem ini hanya menggunakan seorang wanita dan wanita tersebut ialah Amira Othman.
6. Dalam filem ini juga, peneman Mawi setiap hari di radio Zayan dalam segmen Salam Bros, Anas Tahir turut berlakon dan melihat trailer-nya sahaja boleh membuatkan anda ketawa.
7. Selalunya, kalau tonton filem penonton akan mendapat kepuasan sahaja. Namun, Mawi ‘step up the game’ dengan menawarkan kepuasan dari segi filem dan penonton berpeluang memenangi hadiah seperti kereta, motosikal, pakej umrah dan pakej pelancongan. Wow!
8. Poster filem ini berkonsepkan majalah lawak Gila-Gila dan ramai yang memuji akan kecantikan poster tersebut.
9. Selain daripada media massa, Mawi juga mempromosikan filemnya melalui aplikasi Mawi World. Jadi, jika anda ingin mengetahui berita terkini tentang filem ini, download aplikasi Mawi World sekarang.
10. Filem ini akan ditayangkan di 77 buah pawagam di seluruh negara bermula 4 April ini. Jangan lepaskan peluang untuk tonton filem ini dan juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik dengan mencadangkan tajuk dan tagline filem ini.
Tonton trailer filem ini sekarang!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.