Oleh Syakireen Othman
Setelah berteka teki mengenai status antara Fattah Amin dan juga Fazura, kini peminat sudah boleh menarik nafas lega apabila pasangan ini telah pun mengumumkan sebentar tadi bahawa mereka sudah pun selamat bertunang pada 13 November 2017.
Fattah mengucapkan terima kasih kepada peminat dan rakan media yang menantikan perkhabaran mereka berdua dan mohon maaf atas kelewatan penerbangan yang tertunda selama 3 jam.
FattZura berkongsikan berita gembira bahawa pada 13 November 2017, keluarga Fattah telah menghantar rombongan untuk merisik dan juga rombongan bertunang ke rumah keluarga Fazura. Alhamdulillah majlis merisik dan pertunangan selamat dijalankan pada malam tersebut.
Pasangan ini enggan berkongsikan majlis pertunangan tersebut kerana permintaan keluarga mereka berdua dan pasangan ini berniat untuk membuat pengumuman selepas mereka berdua mengerjakan ibadah umrah. 'Kami tidak bernikah, kami belum bernikah dan tidak bernikah di Mekkah seperti yang dikhabarkan oleh ramai orang,'kata Fattah.
Pasangan ini bakal menjalani kursus kahwin seperti pasangan yang lain selepas ini dan atas permintaan keluarga mereka memohon agar majlis pernikahan mereka berdua akan diadakan secara tertutup tidak lama lagi. Manakala majlis resepsi akan diadakan dua kali terutama untuk media dan rakan artis serta untuk peminat mereka berdua.
Menurut Fazura, beliau agak sedikit kesal apabila gambar khemah di rumah neneknya ketika majlis yang diadakan pada 13 November 2017 tersebar luas kerana ianya sangat menceroboh privasi keluarga dan berharap agar perkara ini tidak berulang lagi.
Sidang media diadakan di Hotel Royal Chulan usai mereka pulang dari mengerjakan ibadah umrah. Tiada sesi fotografi dan juga temubual eksklusif selepas masjli sidang media ini diadakan.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.