Akhirnya, filem pertama arahan salah seorang penyampai Zayan dan juga penyanyi terkenal, Mawi akhirnya telah diluluskan oleh pihak Skim Wajib Tayang.
Filem yang masih belum ada tajuk ini bakal menemui semua peminat filem tempatan pada 4 April ini. Menurut KafeBuzz, filem bergenre komedi islamik ini akan ditayangkan di 77 buah pawagam di seluruh Malaysia.
Mawi meluahkan rasa syukurnya apabila Skim Wajib Tayang percaya dengan filemnya dan mengharapkan semua orang akan memberi sokongan kepada filemnya
“Saya bersyukur sangat-sangat. Alhamdulillah apabila Skim Wajib Tayang percaya dengan filem saya.
“Dapat 77 pawagam bukan senang. Kadang-kadang terdengar ada filem lain yang dapat 30 pawagam pun ada tapi apapun saya sangat bersyukur,” kata Mawi kepada KafeBuzz.
Tarikh tayangan kian menghampiri, namun filem ini masih belum bertajuk. Jadi, macam mana ni Mawi?
Sumber: KafeBuzz
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.