Penyanyi, Dr. Fitri Haris gembira dan bersyukur apabila bayi lelakinya sudah kembali stabil dan dibenarkan pulang pada Sabtu.
Fitri berkongsi berita gembira itu selepas hampir enam hari bayinya dipantau di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) akibat masalah pernafasan.
“Alhamdulillah, Syukur pada yang maha Agung, Terima kasih kepada semua yang sudi mendoakan kebaikan buat isteri saya dan anakanda selepas 17 tahun (saya) dan 10 tahun (isteri).
“Saya perkenalkan anakanda kami yang bernama Bilal Habibi Bin Mohamad Fitri yang membawa maksud “Bilal Kekasihku,” tulisnya.
Penyanyi ini juga mendedahkan wajah dan mengumumkan nama pilihan anaknya yang diambil sempena kisah sirah para Anbiya’.
“Pilihan nama ini ilham dari-Nya, Ketika mana saya bertugas menjadi seorang mutawwif membawa para Jemaah mengenali kisah sirah para Anbiaya’,” katanya.
Rata-rata warganet dan rakan-rakan artis turut gembira dan memberikan kata-kata semangat dengan perkhabaran terkini Fitri dan bayinya itu.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.