Pelakon jelita, Hannah Delisha menarik perhatian warganet lagi sekali apabila sebuah rakaman video dia mengalunkan selawat tular.
Video pendek berdurasi 13 saat itu menarik perhatian netizen di laman sosial Twitter.
Dalam video tersebut, Hannah memakai telekung dan mengalunkan selawat Al-Fateh.
Sebelum ini, rata-rata netizen puji kelunakan suara Hannah ketika menyanyi, tetapi ketika berselawat.
Sekadar info, seperti mana yang telah disusun oleh para ulama, selawat Al-Fateh ada keistimewaan tersendiri.
Ertinya: “Ya Allah berikanlah selawat kepada penghulu kami Nabi Muhammad yang membuka apa yang tertutup dan yang menutupi apa-apa yang terdahulu,penolong kebenaran dengan kebenaran yang memberi petunjuk ke arah jalan yang lurus. Dan kepada keluarganya, sebenar-benar kemuliaan padanya dan kedudukan yang amat mulia.”
Antara keistimewaan selawat tersebut adalah jika dibaca 11 kali selepas solat fardhu, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kecil dan jiwanya aman tenteram.
Jika dibaca 21 kali setiap hari, rezeki akan dibuka luas dan keluarganya selamat dari kesusahan.
Sesiapa yang beristiqamah berselawat Al-Fateh selama 40 hari berturut-turut, dosanya akan diampuni Allah.
Sumber: Gempak / Teratak Emas
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.