Pendakwah Imam Muda Asyraf menyatakan hasrat untuk menutup penuh operasi syarikat miliknya.
Peningkatan kes COVID-19 yang semakin membimbangkan ini menjadikan beliau peka dan mengambil jalan tersebut.
Dalam satu kenyataan, Asyraf memaklumkan perkara itu di media sosial peribadinya bagi mengekang penularan COVID-19 yang saban hari meningkat.
“Penutupan penuh sementara operasi Butik Aisy Asyraf memahami situasi pandemik COVID-19 yang agak meruncing.
“Maka pihak pengurusan Aisy Asyraf sebulat suara mengambil keputusan menutup operasi semua butik secara fizikal di semua cawangan seluruh negara bermula 21 Mei hingga 5 Jun ini.
“Walaubagaimanapun ianya tertakluk kepada situasi dan perubahan dari masa ke semasa sehingga pengumuman lanjut.
“Manakala bagi perkhidmatan dalam talian ianya berjalan seperti biasa. Ini kerana proses ini hanya melibatkan staf dalam skala yang kecil. Segala kesulitan pihak kami mohon maaf,” katanya.
Sumber: Instagram Imam Muda Asyraf
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.