Penyampai radio ZAYAN, Lin Ariffin menggalakkan ibu bapa untuk fokus kepada anak-anak mereka ketika di rumah.
Lin juga menyeru ibu bapa agar lebih kreatif untuk menjadikan anak-anak lebih aktif dan tidak tertekan biarpun ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menerusi hantaran di akaun Instagramnya, Lin berkongsi sebuah video yang memaparkan anaknya Edruce Adam yang sedang giat bermain sukan di dalam rumah bersamanya.
“Fokus dengan apa yang kita boleh buat, jangan fokus kepada apa yang tak boleh nanti memang stress memanjang,” katanya
Ibu kepada seorang anak ini juga bimbang akan lonjakan kes COVID-19 dan mengambil inisiatif sebegini untuk menceriakan anaknya Edruce Adam.
“Sekarang risau nak bawa anak main kat padang, taman dan lain-lain, buat dengan apa yang kita ada dan pastikan anak seronok dan ada pergerakan walaupun dalam rumah. Ini salah satu sukan yang dia suka 2 hingga 3 hari ini,” ujarnya lagi.
Sumber: Instagram Lin Ariffin
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.