Jika anda berada di sekitar KL dan Lembah Klang khususnya di pusat bandar, Bangsar, Damansara, Subang dan Bukit Jalil, adakah anda perasan akan kelibat naga yang berlegar-legar di ruang udara?
Jika anda tidak berpeluang untuk melihat sendiri naga ini, apa kata anda ke sekitar kawasan kolam pancuran Pavilion, Bukit Bintang pada 16 hingga 28 April dan Pusat Membeli Belah 1 Utama, Damansara pada 3 hingga 19 Mei ini.
Jika anda bertuah, anda boleh bertemu sendiri dengan naga ini dan jangan lepaskan peluang untuk merakam foto bersamanya.
Dan jangan lupa sertakan hashtag #AstroGoT #DragonSpotted pada foto yang dimuatnaik dilaman sosial kerana foto yang dimuat naik dengan kreatif bakal berpeluang untuk memenangi cenderamata eksklusif Game of Thrones!
Menerusi posting tersebut, huraikan sama ada replika rasmi naga itu jenis ais atau api dan beritahu sebabnya dan sedikit peringatan untuk anda, mata naga itu berubah warna!
Musim kemuncak Game of Thrones akan menemui penonton pada hari yang sama ia ditayangkan di Amerika Syarikat, menerusi saluran HBO (Saluran 411 dan 431).
Jika anda tak sempat untuk menonton musim-musim terdahulu siri Game of Thrones, jangan risau kerana anda berpeluang untuk menontonnya semua episod menerusi 'on demand', tanpa tapisan bersama sedutan eksklusif!
Semuanya turut boleh didapatkan melalui PVR dan Astro Go.
Jika anda bukan pelanggan HBO, jangan bimbang kerana Pas HBO Game of Thrones akan datang kepada anda tidak lama lagi.
Untuk sebarang maklumat atau informasi lanjut, layari laman web www.watchod.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.