Bila sudah terletak niat dalam hati ingin berubah dan ingin kekal istiqamah, Allah akan memudahkan perjalanan hijrah kita. Betul tak?
Selepas Neelofa mengumumkan penampilan barunya yang kini berniqab pada 15 Oktober lalu, pengacara dan usahawan terkenal ini mengambil satu lagi langkah baharu dengan memadamkan semua gambar ‘hijabster’-nya di akaun Instagram.
Gambar-gambar tersebut termasuklah saat beliau menjadi seorang hos dan pelakon, seta menghadiri pertunjukan fesyen terkenal antarabangsa. Gambar dirinya memperaga jenama mewah antarabangsa dan menghiasi majalah yang pernah dijalaninya sebelum ini turut dipadamkan.
Memetik laporan Gempak, daripada 7,568 kini hanya tinggal 2,648 keping foto yang tinggal dalam akaun Instagramnya yang mempunyai lebih lapan juta pengikut itu.
Bahkan, Neelofa hanya tinggalkan gambar kenangan di Mekah, gambar bersama ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed, keluarga dan tuntutan kerja.
Feed Instagram Neelofa kini Hanya memaparkan penampilan baharunya yang berniqab serta petikan-petikan yang berunsur kerohanian.
Semestinya tindakan bekas pengacara MeleTOP itu menarik perhatian pengikutnya dan turut mengirimkan doa kepada beliau.
Sebelum ini, ketika sesi siaran langsung di laman Instagram (IG) Naelofar bersama pelakon Perempuan Tanpa Dosa, Uyaina Arshad, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor mengaku dirinya berasa bebas dan lebih bahagia sejak memakai niqab.
"Alhamdulillah saya sukakannya dan bahagia. Saya rasa lebih free (bebas) sekarang," katanya.
Sumber: Gempak / Twitter / Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.