Pelakon Nora Danish berjaya menunaikan hasratnya untuk khatam al-Quran sekali lagi pada bulan Ramadan tahun ini.
Menerusi hantaran di akaun Instagramnya, Nora berkongsi keterujaannya apabila impian untuk khatam al-Quran pada 10 hari terakhir Ramadan berjaya dilaksanakan dengan mudah sekali.
“Ramadan ke-22. Alhamdulillah syukur Ya Allah SWT. #roadtokhatamalquran bulan Ramadan, Allah kabulkan.
“Syukur Ya Allah, terima kasih Allah,” katanya.
Malah, pelakon berusia 39 tahun itu meluahkan perasaan sebak apabila ketika detik membaca doa khatam al-Quran suasana diiringi dengan hujan rahmat.
“Lepas khatam tadi di rumah mak Nora, terus hujan. Hujan rahmat. Habis doa, hujan berhenti. Masya-Allah, Allah Maha Mengetahui.
“Semoga Allah kabulkan doa kami semua,” ujarnya lagi.
Lebih mengujakan, ini merupakan pencapaiannya buat kali kedua selepas berjaya khatam al-Quran pada bulan Ramadan tahun lalu.
Rata-rata pengikut Nora di Instagram termasuk rakan-rakan artis yang lain teruja dan mengucapkan ucapan tahniah di ruangan komen.
Kejayaannya itu turut mendapat sokongan suaminya Nedim Nazri yang bangga akan pencapaian isterinya di bulan mulia ini.
“Saya bangga sangat dengan kamu Sayang, tahniah,” katanya.
Warganet turut mendoakan agar pelakon kecil manis itu terus istiqamah membaca al-Quran dan mempelajari ilmu agama Islam lebih mendalam.
Sumber: Instagram Nora Danish
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.