Ibu bapa mana yang tidak terharu apabila anak memberi duit belanja secara tiba-tiba. Itulah perasaan pelakon, Norman Hakim apabila anak lelakinya, Mohamed Danish Hakim, 17, memberikan duit belanja kepadanya hasil daripada titik peluh bekerja.
Difahamkan, Danish mencari wang sendiri dengan mengajar orang mengaji secara online sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Menurut Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon dalam sebuah hantaran di akan Instagram, beliau menyatakan bahara dia tidak pernah mengajar anak-anaknya untuk berbuat demikian. Namun, mereka sendiri belajar dari apa yang dilakukan olehnya.
“Sekadar berkongsi, saya tidak pernah ajar anak-anak untuk bagi duit pada ibu bapa, api mereka belajar dari apa yang kita sendiri praktikkan pada mak ayah kita.
“Kita memimpin mengikut teladan. Insha-Allah sentiasa percaya pada ‘miracle’ melalui Mariah kita pada mak ayah kita.
“Itu semua kanji Allah yang memang dah tertulis dalam Al-Quran (Surah Al-Baqarah Ayat 261-262 m/s44).
“Yang penting kena sentiasa iklhas dan istiqomah. Semoga kita sama-sama sentiasa dipelihara di bawar jagaanNya,” tulisnya di IG.
Menerusi perkongsian tersebut, Norman memuat naik sebuah video rakaman anaknya memberi wang dan menunjukkan jumlah yang diterima sebanyak RM200.
Dalam video tersebut, Danish menyatakan dia percaya dengan miracle. Walaupun dia hanya memberi jumlah yang kecil tapi dapat pulangannya berlipat kali ganda.
Di samping itu, Norman turut mendoakan agar bisnes anak lelakinya itu berjalan dengan lancar dan smog dipermudahkan urusan untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
“Semoga usaha dan bisnes abang melalui platform @d_ngajiofficial dengan menurunkan ilmu Al-Quran sentiasa dipermudahkan dan dirahmati
“Mohon doakan juga untuk exam SPM abang @danishhakimofficial in shaa Allah kalau tak ada aral start pada 22 Februari 2021 ni nanti,” tulisnya lagi.
Sebelum ini Norman pernah berkahwin dengan pelakon Abby Abdai pada 8 Januari 2002. Namun, mereka bercerai pada 18 Disember 2008.
Mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim daripada perkahwinan tersebut.
Sumber: Gempak / Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.