
Bencana tsunami melanda di Indonesia sekali lagi telah merobek banyak jiwa. Video-video yang tular sangat menggerunkan dan menyayat hati.
Namun, satu video yang sedan tular di media sosial yang menyentih hati semua orang adalah video saat kumpulan terkenal Indonesia, Seventeen band sedang melakukan persembahan di atas pentas.
Tanpa mereka sangka, suasana gembira terus bertukar menjadi huru-hara dan kelam kabut dek tsunami yang menyerang dari belakang pentas. Video tersebut memaparkan pentas yang digunakan roboh serta merta.
Setakat hari ini, berdasarkan laporan Reuters empat orang yang terlibat dengan band ini telah dilaporkan meninggal dunia: Bassit M. Awal “bani” Purbani, Pengurus Oki Wijaya, Gitaris Herman Sikumbang dan ahli kru, Ujang.
Sesunghuh, ajal dan maut itu ditangan Tuhan. Kita yang masih hidup haruslah sentiasa berdoa agar semuanya baik-baik belaka. Al-Fatihah kepada semua mangsa tsunami di Indonesia.
Sumber: The Jakarta Post
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.