Penyanyi terkenal, Siti Nordiana meluahkan rasa sebak apabila terkenang masa lalu ketika sedang berzikir.
Mesra disapa Nana, zikir merupakan penenang jiwa buatnya saat mengenangkan dosa-dosa lampau dan memperbaiki diri ke arah kebaikan.
“Sudah tentu kalau saya berzikir, saya akan menangis. Ada masa-masa yang Nana akan menangis mengenangkan dosa-dosa kita.
“Kita manusia tidak sempurna, pasti ada dosa dan kesilapan yang kita lakukan. Waktu itu saya akan menangis.
“Saya juga mudah tersentuh bila dengar selawat dan zikir dalam bentuk lagu atau melodi. Saya sukakan muzik jadi ia dekat dengan saya,” katanya.
Penyanyi itu juga mengakui lagu-lagu berunsurkan kerohanian menjadi pilihan hati kerana ia mempunyai nasihat dan pesanan yang mendalam kepada diri dan para pendengar.
“Bagi saya, lagu kerohanian sudah banyak dikeluarkan. Alhamdulillah bukan sekadar melodi dan ia tidak terbatas,” ujarnya.
Malah, beliau juga pernah melancarkan lagu-lagu dan album zikir untuk kanak-kanak.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.