Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

scoop

“To youngsters, jangan anggap benda ini (buka tudung) sebagai perkara yang normal”- Ummi Nazeera

Masha Allah, semoga Ummi Nazeera sentiasa dilindungi Allah swt
Editor
29 Apr 2019, 12:14 PM

“to youngsters, jangan anggap benda ini (buka tudung) sebagai perkara yang normal”- ummi nazeera

Ummi Nazeera, seorang aktres yang sentiasa mekar namanya dalam industri hiburan. Pelakon serba boleh ini sering menjadi perhatian dalam apa jua perkara yang dilakukan olehnya. Ummi pernah berada dalam ‘zon’ yang seksi dan tidak lari daripada segala kecaman. Namun kini, beliau selesa untuk tampil dengan imej yang sopan santun dan bertudung.

Tatkala ditanya, apa definisi hijab ini jawapan beliau,

“Hijab adalah satu perkara yang luas. Hijab adalah tidak berkongsi aib anda atau aib suami anda dan tidak berkongsi segala masalah keluarga. Basically, hijab adalah segala-galanya.”

Bagi Ummi, hijab adalah sebahagian daripadanya. Jika dahulu dia berasa sangat kosong biarpun memiliki segala kebebasan. Tetapi, segala kekosongan tu diisi tatkala dia mula menyarung hijab dan mula berjalan ke arah Tuhan.

“Saya tak tahu macam mana nak cari ketenangan. Jadi, dengan cara ini (memakai  hijab) saya temui ketenangan yang dicari,” Tambah Ummi lagi.

Apabila berbicara soal rakan-rakan artis yang dahulunya bertudung namun kini memilih untuk tidak bertudung, dengan tegasnya Ummi menyatakan pandangannya.

“It’s not normal. To youngsters, jangan terima perkara ini dan anggap sebagai normal kerana ianya tak normal.”

Ummi merasakan perbuatan mereka yang kembali tidak berhijab itu mampu memberi kesan yang buruk kepada para remaja. Jadi, berkali-kali Ummi mengulang agar remaja diluar sana tidak melihat perkara ini sebagai trend dan sewajarnya tidak diikuti.

Walaubagaimana pun, Ummi menyatakan bahawa iman dan naik itu adalah satu perkara normal yang dilalui oleh semua orang. Namun, ketika perkara itu terjadi, Ummi menyarankan agar carilah mereka yang boleh kembali memberi semangat dan mengingatkan Tuhan seperti ahli keluarga dan rakan-rakan yang baik.

Tidak mudah untuk terus istiqamah dalam melakukan perkara yang baik. Ummi juga tidak terlepas dari hawa nafsu. Ada kalanya, dia juga terfikir untuk memenuhi nafsu. Tetapi, saat dia berada dalam ‘kawasan’ itu, Ummi segera kembali kepada Nya.

Ummi juga ada berkongsi satu perkara yang dilakukan olehnya ketika dia berasa imannya lemah,

“Kita manusia sangat istimewa kerana kita boleh bercakap terus dengan Pencipta kita. Setiap kali saya rasa lemah, saya bercakap dengan Allah swt. Itu yang buatkan saya rasa sangat dekat dengan Allah.”

Sehebat mana pun kita, Ummi tetap merasakan ujian itu sentiada mendatang. Jadi, dia berharap orang di sekelilingnya dapat mendoakan perkara-perkara yang baik buatnya. Pesan Ummi, sesibuk mana pun kita sebagai manusia, pusing balik kepada Dia.

“Kelebihan kita sebagai manusia sebab kita ada nafsu. Dan Allah sangat sayangkan manusia yang tetap kembali kepada Nya biarpun setelah segala perkara yang terjadi. Jadi, setiap kali kita terlupa dek nafsu, kembali lah kepada Dia.” Pesan Ummi Nazeera dengan bersungguh.

Akhir sekali, Ummi Nazeera mendoakan rakan-rakan artis yang kembali membuka hijab agar mereka dibuka pintu hati untuk kembali menutup apa yang patut. Baginya, perkara yang paling penting adalah pengakhiran seseorang dan dia mengharapkan pengakhiran yang terbaik buat rakan-rakan artis dan seluruh umat Islam.

Bagi mereka yang mencari inspirasi untuk bergaya namun dalam keadaan sopan, ikuti Instagram @umminazeera. Ummi banyak berkongsi imejnya sebagai wanita muslimah namun masih bergaya moden dan trendy.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us