Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

scoop

Hadiah Buat Peminat, Ungu & Lesti Kejora Bergabung Untuk “Bismillah Cinta”

Lagu ketuhanan yang terselit makna dan cabaran dialami sekarang.
Muhammad Izwan Zainal
28 Apr 2021, 02:32 PM

Kumpulan Ungu kembali dengan lagu terbaharu berkonsepkan ketuhanan berjudul “Bismillah Cinta” bersama penyanyi dangdut meningkat naik, Lesti Kejora.

Ungu yang dianggotai oleh Pasha, Makki, Enda, Oncy, dan Rowman muncul dengan lagu ini dan bekerjasama dengan pengkarya tempatan.

hadiah buat peminat, ungu & lesti kejora bergabung untuk “bismillah cinta”

Menurut Pasha, terdapat tiga elemen dan maksud yang ada dalam lagu ini iaitu tentang kebahagiaan para umat Muslim akan kehadiran bulan Ramadhan, tentang pandemik COVID-19 yang menguji seluruh umat, dan hubungan cinta jarak jauh tidak kira sesama Tuhan atau pasangan.

“Lagu ini adalah lagu kerohanian yang ringan dan mudah difahami ramai. Saya menulis lagu ini pun tidak memerlukan waktu yang lama. Suara Lesti mewarnai lagu ini dan memberikan satu impak yang berbeza. 

hadiah buat peminat, ungu & lesti kejora bergabung untuk “bismillah cinta”

"Lagu terbaharu ini merupakan runut bunyi bagi sebuah drama di Indonesia dan saya percaya lagu ini memberikan semangat baru bagi mereka yang mendengarnya, terutama para pecinta musik Lesti dan Ungu,” ujar Pasha mewakili Ungu.

Bagi Makki pula, dia berhasrat ingin mengeluarkan banyak lagu seperti ini bersama Ungu lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan penuh suci ini.

“Peminat mahukan lagu ketuhanan ini kerana ia dekat dengan mereka tetapi kita tidak boleh membezakan dengan lagu bergenre pop, rock atau dangdut kerana ia ada impak yang berlainan.

hadiah buat peminat, ungu & lesti kejora bergabung untuk “bismillah cinta”

“Kalau ada kesempatan, kami ingin keluarkan banyak lagi lagu genre ini tetapi akibat kekangan pandemik ketika ini ia agak mencabar bagi kami untuk berkumpul bersama-sama,” ujarnya lagi.

hadiah buat peminat, ungu & lesti kejora bergabung untuk “bismillah cinta”

Penyanyi berusia 20 tahun, Lesti menjadi pilihan Ungu untuk berkolaborasi bersama mereka kerana bakatnya yang luar biasa dan suaranya yang unik akan menarik lebih ramai pendengar.

“Saya rasa sangat bertuah dapat bekerjasama bersama kumpulan lagenda dan pujaan ramai ini.

“Saya masih baru dalam industri ini tetapi saya percaya lagu ini boleh menarik ramai peminat muda mendengar ‘Bismillah Cinta’ ini,” katanya ketika tembual eksklusif bersama ZAYAN secara maya.

Peminat boleh mendengar ‘Bismillah Cinta’ di semua platform penstriman muzik dan menonton video muzik rasmi di YouTube yang memperoleh 23 juta tontonan setakat ini.

 

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}