Pendakwah, Ustaz Ebit Lew membuat kejutan istimewa buat isterinya yang berada di Malaysia walau sibuk meneruskan urusan di luar negara.
Ustaz Ebit sedang sibuk meneruskan misi bantuan kemanusiaan bagi membantu warga Palestin yang ditindas ketika serangan pada 21 Mei lalu.
Sempena ulang tahun isterinya, Ustaz Ebit memberi hadiah seperti hiasan belon, bunga dan kek untuk dinikmati bersama anak-anaknya.
Menerusi hantaran di laman Instagramnya, beliau meluahkan rasa sebak kerana tidak dapat di sisi isteri tercinta bagi menyambut sambutan hari jadi.
“Selamat hari lahir bidadariku. Maaf, bidadariku sayang abang tiada di rumah. Masih berada jauh. Syukur sempat buat kejutan buat bidadari,” tulisnya.
Pendakwah itu juga sebak apabila isterinya sentiasa menyokong dan memahami perjuangan suaminya untuk membantu dan meringankan beban saudara yang terjejas di Palestin.
“Maaf ya sayang. Jawab bidadari saya, tak apa abang. Perjuangan abang hadiah terbesar buat sayang. Teruskan perjuangan,” katanya.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.