Pendakwah, Ustaz Ebit Lew mengadakan misi bantuan kemanusiaan untuk menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel di Gaza.
Menerusi hantaran di akaun Instagram, beliau juga meminta doa semua masyarakat Malaysia agar dipermudahkan delegasinya sepanjang misi bantuan kemanusiaan berlangsung.
“Pohon doakan ya Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin. Semoga Allah bantu dan mudahkan semuanya,” katanya.
Ustaz Ebit Lew juga berterima kasih kepada pihak kerajaan yang menyokong dan memudahkan perjalanan kesemua delegasinya untuk meneruskan misi ini.
“Terima kasih Dato’ Seri Hishammuddin Hussein dan Wisma Putra kerana sokong dan bantu permudahkan misi kemanusiaan ini. Semoga setiap usaha kita demi rakyat Palestin dirahmati Allah SWT,” katanya lagi.
Misi Bantuan Kemanusiaan Palestin hasil usaha Ustaz Ebit Lew sendiri ini akan dijalankan bermula 25 hingga 30 Mei.
Rata-rata warganet dan rakan artis turut menyokong dan berdoa supaya misi ini akan berjalan lancar.
“Semoga berjalan lancar,” tulis Mawar Rashid.
“Susah nak dapat insan mulia seperti ustaz ini,” komen pelakon, Zarina Zainuddin.
Sumber: Instagram Ustaz Ebit Lew
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.