Penyanyi rap terkemuka Waris tampil dengan single baharu ‘Rembau Most Wanted Part II’ yang merupakan kesinambungan bagi lagu ‘Rembau Most Wanted’ 10 tahun lalu.
Muzammil Alias atau mesra disapa Waris menerapkan unsur kehidupan fitrah manusia masa kini dalam lagu terbaru ini dan menyeru orang ramai untuk bersabar ketika menghadapi situasi pandemik COVID-19 ini.
Memetik laporan Mstar, Waris juga menghasilkan lagu ini ketika awal pandemik ini berlaku di negara kita bagi menyampai mesej bermakna kepada masyarakat.
“Lagu ini menceritakan kita agar kembali semula ke kehidupan fitrah iaitu kembali kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah, lebih-lebih lagi dalam keadaan kita sekarang berdepan bencana wabak.
“Macam saya sekarang pun kembali hidup kepada kehidupan asas, tidak perlu bermewah-mewah untuk hidup. Itu antara maksud saya cuba sampaikan menerusi lagu ini,” katanya.
Penyampai radio ERA, Nabil Ahmad yang sudah berhijrah ke arah kebaikan membuat penampilan istimewa di dalam muzik video lagu ini.
Lebih menakjubkan apabila Waris memilih untuk melakukan penggambaran muzik video itu di tanah perkuburan bersama Nabil Ahmad dalam hujung babak video itu.
Kini, muzik video ‘Rembau Most Wanted’ sudah meraih sebanyak 390,000 ribu tontonan di YouTube.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.