Pelakon Yatt Hamzah tetap kuat dan semangat untuk memberikan sokongan kepada rakyat Palestin yang ditindas dengan serangan rejim zionis.
Menerusi hantaran di akaun Instagramnya, semangat Yatt lebih kuat apabila pernah menjejakkan kaki bagi mendalami perasaan dan situasi penduduk di Gaza beberapa tahun lalu.
“Kenapa aku begitu tekad menyokong Palestin? kerana aku telah ke Gaza pada tahun 2013 bersama anak sulungku yang baru berusia 3 tahun ketika itu.
“Aku saksikan sendiri penderitaan rakyat Palestin dan kekejaman israel di depan mataku. Aku mendengar sendiri tembakan zionis, laknatullah!
“Mana mungkin mata dan telinga aku menipu dan sejak itu aku berjanji pada diriku akan sentiasa istiqamah membantu dan menyokong perjuangan membebaskan Masjid Al-Aqsa,” katanya.
Pelakon itu juga berdepan cabaran apabila akaun media sosialnya banyak kali disekat dan pernah menerima ancaman bunuh akibat menyokong warga Palestin.
“Walaupun telah mendapat ancaman bunuh dan akaun Instagram Facebook aku sentiasa disekat, digodam dan dibuang pengikut, aku tak gentar.
“Kerana perjuangan kecil aku ini hanya untuk agamaku kerana Allah Taala,” tulis Yatt di hantarannya.
Sumber: Instagram Yatt Hamzah
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.