Industri seni tanah air tidak asing dengan nama Zizi Kirana. Selepas menyertai Akademi Fantasia musim ketujuh, Zizi bergiat aktif dalam industri seni tanah air dan dikenali ramai dengan suaranya yang merdu itu.
Baru-baru ini tular di media sosial sebuah video yang menampilkan suara Zizi mengalunkan ayat suci Al-Quran bersama qariah, Farhatul Fairuzah. Ramai terpukau dan kagum dengan kebolehan Zizi mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dengan begitu merdu.
Dipercayai Zizi dan Farhatul terlibat dalam satu rakaman program televisyen sempena bulan Ramadan yang bakan menjelma beberapa lagi. Dalam sebuah hantaran di akaun TikTok Zizi Kirana, beliau menyatakan ini adalah kali pertama dia tampil mengaji di depan kaca televisyen.
Sebelum ini Zizi pernah berkongsi serba sedikit mengenai latar belakangnya sebagai penyanyi nasyid ketika di bangku sekolah. Bahkan, kumpulan nasyidnya dulu pernah menjuarai pertandingan Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan.
Tahun lalu, Zizi dan UNIC juga pernah mengeluarkan lagu berbentuk kerohaniah yang diberikan tajuk Purnama, yang mendapat sambutan yang positif dari pendengar. Sehingga kini lagu tersebut sudah dimainkan sebanyak lebih 1.3 juta di lama Youtube.
Sumber: Instagram Farhatul Fairuzah / TikTok Zizi Kirana
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.