Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

traveloka

11 Negara Yang Selamat Dan ‘Affordable’ Untuk Solo Traveller!

Editor
21 Oct 2021, 09:20 AM

Travel secara solo memang menjadi impian ramai traveller, tapi soal keselamatan pastinya menjadi perkara yang paling dibimbangkan. Bagi solo traveller, merancang dan memilih destinasi mungkin agak memeningkan apabila anda menambah faktor-faktor keselamatan dalam pilihan anda, tapi ini tidak bermakna solo travel itu sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Anda boleh pergi ke mana-mana sahaja sebagai seorang solo traveller, asalkan anda ada common sense dan tidak mengambil risiko-risiko yang tidak perlu. Berikut adalah 11 negara di seluruh dunia yang kami berani kata adalah antara yang paling selamat dan paling murah untuk travel secara solo!

Portugal

11 negara yang selamat dan ‘affordable’ untuk solo traveller!

Lisbon mungkin lebih menjadi pilihan pelancong luar, tapi anda patut cuba meneroka bahagian utara dan juga selatan untuk betul-betul experience Portugal. Ada banyak benda yang anda boleh dapat di Portugal – bandar bersejarah, orang-orangnya yang friendly, pemandangan alam semula jadi yang indah… dan yang paling best, ia jauh lebih murah dan affordable berbanding kebanyakan negara-negara Western European!

Scotland

solo traveller

Scotland, di bahagian utara Kepulauan British, bukanlah sebuah negara yang mungkin biasanya terlintas di fikiran kita sebagai satu destinasi yang affordable. Walaupun kadang-kadang, mata wang pound British membuatkan kita berasa sedikit mahal untuk membeli, anda mempunyai banyak pilihan wild camping di banyak hutan dan pergunangan indah di Scotland. Apa yang paling awesome sekali? Ianya adalah percuma!

11 negara yang selamat dan ‘affordable’ untuk solo traveller!

New Zealand mungkin bukan antara destinasi yang dikenali sebagai affordable, tetapi di sini anda boleh berkhemah atau campingdi tengah-tengah kecantikan semulajadi semata-mata – secara percuma! Travel secara solo juga akan memberi anda banyak peluang untuk bercakap dengan orang-orang Kiwi di New Zealand.

Amerika Syarikat

11 negara yang selamat dan ‘affordable’ untuk solo traveller!

Amerika, sebagai sebuah benua, adalah sangat besar, namun penuh dengan tempat-tempat yang murah dan selamat untuk pergi! Daripada berkhemah atau camping di hutan, mahupun padang belantara, sehinggalah ke hostel atau hotel-hotel bajet, atau hitchhike dari negeri ke negeri, Amerika sememangnya adalah sebuah tempat yang memberikan banyak peluang kepada traveller, terutamanya solo traveller.

Canada

11 negara yang selamat dan ‘affordable’ untuk solo traveller!

Seperti Amerika, Canada juga adalah sebuah negara yang besar dan padat dengan keindahan alam semulajadi yang hanya menunggu untuk diterokai. Menerokai alam semulajadinya yang tidak terusik sedikit pun oleh pemodenan boleh menjadi antara pengalaman terhebat untuk mereka yang mengembara secara solo. Yang penting, perlu buat persediaan betul-betul lah. Selain itu, anda juga dapat reconnect dengan diri anda sendiri dan juga dunia semulajadi dengan meluangkan masa untuk menangkap ikan atau memancing di sungai di Yukon untuk makan malam anda, atau mendaki melalui hutan belantara yang tebal. Kalau anda berada dalam keadaan atau situasi yang sukar, jangan risau! Orang-orang Canada sangat baik dan sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja apabila diperlukan.

Latvia

11 negara yang selamat dan ‘affordable’ untuk solo traveller!

German? Sepanyol? Esok lusa boleh pergi. Sekarang jom kita venture ke Latvia pula untuk percutian yang rare dan off the beaten track. Makanan, penginapan dan pengangkutan di sini di pinggir Laut Baltik adalah jauh lebih murah berbanding negara-negara di Eropah Barat, dan negara ini padat dengan penduduk tempatan yang bangga dan suka untuk memperkenalkan adat dan tradisi mereka kepada orang luar.

Croatia

11 negara yang selamat dan ‘affordable’ untuk solo traveller!

Apa yang lebih baik daripada bersenang-senang dan relaks di camp yang terletak di salah satu pulau yang tercantik di Laut Adriatik di pesisir pantai Croatia? Dengan sedikit perancangan yang detailed, anda tak perlu pun wang yang berkepuk-kepuk untuk mengunjungi pulau-pulau cantik ini. Anda boleh juga meluangkan masa di salah satu  bandar bersejarah di sekitarnya. Contohnya seperti Split, Dubrovnik ataupun explore salah satu taman negara di Croatia yang sememangnya deserves a spotdalam itinerary anda!

Montenegro

11 negara yang selamat dan ‘affordable’ untuk solo traveller!

Montenegro tidaklah sepopular negara-negara Baltik yang lain, tetapi keindahan negara ini tidak sedikit pun kurang daripada negara-negara lain. Luangkan masa anda dengan bersiar-siar di tepi pantai atau ambil peluang untuk explore kawasan pedalaman negara ini. Boleh juga cuba pergi mendaki, berbasikal atau berkayak. Ianya antara cara terbaik untuk explore Montenegro!

Itali

11 negara yang selamat dan ‘affordable’ untuk solo traveller!

Perwatakan orang-orang Itali yang menarik, talkative, dan juga hidangan masakan mereka yang terkenal di seluruh dunia menjadikan Itali sebagai salah satu negara yang wajib anda pergi. Selain dapat enjoy suasana yang happening di Itali, anda juga dapat melihat runtuhan-runtuhan purba, seperti Colosseum, dan juga menikmati the finest Italian cuisine yang betul-betul made in Italy! Untuk percutian yang lebih simple dan lebih affordable, pergilah ke arah selatan. Malah anda juga mungkin dapat menikmati percutian di Rom yang lebih berpatutan!

Greece

11 negara yang selamat dan ‘affordable’ untuk solo traveller!

Greece sangat terkenal dengan pantai yang indah dan landskap yang menakjubkan. Negara ini pernah menghadapi krisis kewangan untuk beberapa tahun sebelum ini dan sekarang sedang kembali untuk pulih. Kalau anda ke Greece, anda boleh lihat dan ambil iktibarbagaimana penduduk-penduduk tempatan di sini membina semula kehidupan mereka, dan anda sebagai pelancong, dapat menyumbang ke arah usaha-usaha memajukan ekonomi mereka melalui pelancongan. Greece adalah sebuah negara yang bukan sahaja cantik dan menyeronokkan, malah ianya juga tidak terlalu mahal dan selamat.

Chile

11 negara yang selamat dan ‘affordable’ untuk solo traveller!

Chile boleh dikatakan sebagai sebuah negara yang full package. Bandar-bandar yang cantik, pemandangan yang indah, kaya dengan budaya, orang-orangnya yang ramah, selamat, affordable, dan banyak lagi yang menanti untuk mana-mana pengunjung yang bertuah dapat travel ke negara Amerika Selatan ini.

Jadi apa lagi yang anda tunggu?

Pilihan yang baik adalah kunci kepada keseronokan semasa travel, lebih-lebih lagi bagi seorang solo traveller. Jadi, apa kata anda buat pilihan terbaik dan kunjungi salah satu negara yang disebutkan di atas ini untuk solo trip anda yang seterusnya? 😀

Sumber : TripZilla

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us