1. PULAU BOHEY DULANG, SEMPORNA, SABAH
Foto Kredit: https://higherdensity.wordpress.com/2014/03/12/
Pulau ini juga dikenali dan dipanggil Pulau Bohaydulong atau Pulau Bohidulong. Jarak perjalanan dari bandar Semporna lebih kurang 30 minit, dengan menaiki bot. Pulau Bohey Dulang ialah satu daripada 8 pulau dalam Tun Sakaran Marine Park.
Foto Kredit: blueewoke09.blogspot.com
Foto Kredit: blueewoke09.blogspot.com
Kami teramat pasti, gambar-gambar ini buat anda tergamam kerana teramat cantik!
2. PULAU KAPALAI, SEMPORNA, SABAH
Foto Kredit: divinginsipadan.com
Pulau Kapalai terletak lebih kurang 15 kilometer dari Pulau Sipadan. Ia adalah syurga bagi penggemar sukan skuba dan snorkeling. Pulau Kapalai juga adalah destinasi yang sesuai untuk berbulan madu
Biasanya, ramai orang akan pergi ke Pulau Mabul-Pulau Sipadan-Pulau Kapalai-Pulau Bohey Dulang. Bak kata seorang blogger, akibat kawasan sekitar yang terlalu cantik,
3. PULAU BANGGI, KUDAT, SABAH
Foto Kredit: http://www.sunnyrainbowtours.com.my
Kalau mahu tahu, menurut Wikipedia, Pulau Banggi ini adalah pulau terbesar di Malaysia. Lebih besar dari Langkawi dan Pulau Pinang!
Foto Kredit: irwanfieldteam.wordpress.com
4. PULAU AUR, MERSING, JOHOR
Foto Kredit: johor.attractionsinmalaysia.com
Johor ada pulau? Ingatkan cuma Legoland dan Hello Kitty Land sahaja. Terletak di sebelah pantai timur di daerah Mersing, Pulau Aur adalah khazanah yang cukup cantik. Sehinggakan anak jati pulau ini cukup berbangga dengan kecantikannya.
Foto Kredit: akukahtuah.blogspot.com
Cuma harus diingat, seperti perkongsian blogger akukahtuah, tidak ada kaunter untuk ke Pulau Aur. Kena pandai-pandai cari bot sendiri. Bagi yang minat memancing di laut dalam, jangan lupa lepaskan peluang untuk merasai pengalaman memancing di Pulau Aur.
5. PULAU TENGGOL, DUNGUN, TERENGGANU
Foto Kredit: holidaygogo.com
Mungkin pulau ini tidak sepopular Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Sebaliknya, ia adalah tumpuan bagi peminat sukan skuba di seluruh dunia.
Foto Kredit: visit-terengganu.
Pantainya pendek dan sangat landai dan amat sesuai untuk anak-anak kecil.
6. PULAU BUM BUM, SEMPORNA, SABAH
Foto Kredit: aqim22.deviantart.com
7. PULAU MATAKING, SEMPORNA, SABAH
Foto Kredit: sabahtourism.com
Tidak perlu cakap banyak, lihat gambar sahaja sudah buat mulut kita terlopong. Malah terdetik di hati, benarkah ada pulau sebegini di Malaysia?
Foto Kredit: mataking.com
8. PULAU RAWA, BESUT, TERENGGANU
Pulau Rawa ialah sebuah pulau yang kecil dan tidak didiami. Ia terletak di barat laut Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil.
Foto Kredit: asiaexplorers.com
Seseorang hanya boleh ke sana dengan menyewa bot dari Pulau Perhentian sahaja. Walaupun Pulau Rawa ini kecil sahaja, 9. PULAU RAWA, MERSING, JOHOR
Foto Kredit: budak-shinchan.blogspot.com
Jangan ingat Terengganu sahaja ada Pulau Rawa. Johor juga ada Pulau Rawa. Dikatakan, dahulunya adalah pulau persendirian atau dipanggil private island. Kini menjadi salah satu destinasi pelancongan pilihan.
Foto Kredit: budak-shinchan.blogspot.com
10. PULAU SIBU, MERSING, JOHOR
Foto Kredit: johortourism.com
Pulau Sibu yang terletak dalam daerah Mersing ini mengadap Laut Cina Selatan. Ia sebenarnya gugusan pulau-pulau lain seperti Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus dan Pulau Sibu Hujung.
Foto Kredit: darniaaqilah.blogspot.com
11. PULAU TIMBA TIMBA, SEMPORNA,SABAH
Foto Kredit: flickr.com
Ini sememangnya pulau yang jarang dikenali ramai. Jikalau anda cuba Google untuk mencari maklumat, pasti anda akan kecewa.
Foto Kredit: http://blog.napiemoksin.com
Pulau Timba Timba terkenal dengan pantainya yang cantik dan hidupan laut yang jarang dijumpai.
Hidupan lautnya termasuk sotong besar, ular laut dan ikan jerung kecil. Selain itu, penyu juga selalui dijumpai di sini. Antara yang lain ialah udang kara, blue ribbon eels, moray eels, barracudas dan large coral trout.
12. PULAU SIBUAN, SEMPORNA, SABAH
Foto Kredit: syathebackpacker.blogspot.com
Walaupun namanya sama, ini bukan Pulau Sibu yang terletak di Mersing, Johor. Pulau Sibuan termasuk dalam rangkaian Taman Marin Tun Sakaran.
Pulau ini berpenghuni dengan etnik Bajau Laut. Ada yang bersetuju, b
Foto Kredit: azmiman08.blogspot.com