- Samgak Kimbap

Samgak Kimbap ini sebenarnya bebola nasi diintikan dengan pelbagai jenis bahan tambahan seperti tuna ataupun kimchi dan dibungkuskan dengan rumpai laut.
Makanan tiga segi yang kecil ini senang dibawa dan mampu membuatkan anda kenyang.
- Susu Pisang (Banana Ooyoo)

Susu pisang yang popular ini sering dilihat dalam drama Korea. Banana Ooyoo ini sangat menyegarkan dan ada pelbagai perisa seperti strawberi, coklat dan melon.
- Ais Krim Melon

Selain daripada susu pisang, ais krim melon ini amat disyorkan. Ada pelbagai ais krim buah-buahan yang anda boleh dapati di sana.
- Crispy Seaweed Snacks

Kebanyakan makanan halal di Korea merupakan makanan manisan. Jadi crispy seaweed snacks ini akan memberi perbezaan untuk anda semua. Dikhabarkan juga orang Korea disana sering makan crispy seaweed snacks ni dengan nasi.
- Instant drinks
Jangan rambang mata ya bila anda masuk kedai serbaneka dan lihat pelbagai jenis minuman di dalam peti sejuk. Anda boleh dapatakan sachet kopi, coklat dan teh.
Tapi anda harus cuba Chilsung Cider di sana, usah risau ia hanya air berkarbonat berperisa lemonade.
Sumber:
havehalalwilltravel.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.