Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

traveloka

Tips Untuk Anda Selesa Bila Naik Kapal Terbang

Editor
15 Nov 2017, 06:34 AM

tips untuk anda selesa bila naik kapal terbang

Haa disini ada tips yang anda mungkin tak pernah tahu bila ingin naik kapal terbang. 

1. Kalau naik kapal terbang tambang murah, mesti beli bagasi.

2. Kalau naik kapal terbang tambang murah lebih 2 jam, dicadangkan untuk beli makanan.

3. Kalau nak rasa diistimewakan dengan hidangan awal, sentiasa pilih special meal; samada makanan muslim, makanan kosher, makanan vegetarian, makanan seafood dan lain-lain.

4. Tak nak beratur panjang masa check in di terminal, buat web check in dan terus pergi ke kaunter kelas bisnes. Kalau bernasib baik, dia boleh layan terus. Kalau tidak, mungkin dia akan tunjuk di mana kaunter ekspres.

5. Semasa beratur panjang untuk semakan di sekuriti, elakkan beratur di belakang penumpang banyak bagasi kabin seperti keluarga yang ada anak kecil, orang tua, atau penumpang berbadan besar. Beratur di belakang pengembara solo dan penumpang berbaju kemeja atau berkot kerana mereka ini lebih efisien dan lancar.

6. Di kaunter imigresen, pegang pasport, pegang tiket dan pegang borang imigresen (jika ada), dan serahkan barang-barang ini kepada pegawai imigresen. Kosongkan tangan, jangan pegang telefon atau apa-apa barang.

Tak perlu senyum, tak perlu sembang. Jawab apabila disoal, buka cermin mata dan topi apabila diarah, sediakan tangan untuk cap jari. Hafal alamat destinasi dan tarikh pulang.

7. Caj telefon dahulu, caj telefon dahulu, caj telefon dahulu!!! Jangan anggap semua penerbangan ada port USB.

8. Pergi tandas sebelum naik pesawat. Dalam pesawat nak bergerak ke tandas memang sempit, nak kena minta orang sebelah bangun, bergegar, air di tandas pun lain semacam.

9. Masuk naik pesawat seawal yang boleh. Tak perlu berebut tempat letak beg di kabin.

10. Elakkan letak beg bawah kaki. Lunjurkan kaki biar selesa.

11. Nak tidur selesa, silangkan tangan (dilitupi oleh jaket atau selimut) dan silangkan kaki. Jarang dapat tidur selesa dengan melunjurkan kaki, walaupun ada 2-3 tempat duduk kosong bersebelahan.

12. Bila makanan sampai, mintak air mineral atau air kosong lebih.

13. Habis makan, terus letak sudu garfu pisau dalam plastik yang asal. Percayalah, hantu selalu tolak benda ni sampai jatuh.

14. Kalau penerbangan lewat, beritahu anak kapal kau ada penerbangan sambungan (beritahu flight apa dan pukul berapa), atau beritahu kena naik keretapi dan bas sambungan yang tak dapat dielakkan. Kalau bernasib baik, kau dapat keutamaan keluar awal.

15. Bila keluar, terus hadap ke imigresen dan bagasi. Kalau nak pergi tandas atau nak main wifi, buat semasa menunggu bagasi.

16. Sekiranya transit, keutamaan paling tinggi ialah cari pintu untuk penerbangan seterusnya. Sekiranya pintu belum muncul dalam skrin, tanya pegawai setiap 5 minit mana pintu. Orang jarang terkandas di transit sebab sekuriti, orang selalu terkandas kerana lewat menuju ke pintu.

17. Isytihar semuanya pada pegawai kastam. Senangkan kerja kau dan kerja dia.

18. Kalau ada masa di terminal ketibaan sebelum bertolak ke destinasi, beli air, beli kopi dan gosok gigi. Terutamanya selepas perjalanan panjang.

19. Jangan mengharap Uber di terminal ketibaan sangat. Kadang-kadang wifi tak berapa bagus (melainkan pakai data internet), kadang-kadang pemandu Uber pun takut dengan abang long teksi-teksi ni.

20. Nikmatilah perjalanan anda. Akan ada perkara yang tak seronok berlaku dalam perjalanan, tetapi ia adalah sebahagian daripada pengembaraan.

Sumber - The Vocket

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us