Bagi peminat kucing, sudah tentu mereka banyak menghabiskan masa untuk melihat aksi lincah haiwan-haiwan kesayangan itu di laman media sosial. Dengan gelagat yang comel dan lucu sedikit sebanyak dapat menceriakan mood mereka.
Mari kita tengok senarai 10 kucing yang mempunyai pengikut paling ramai di Instagram ini. Bukan sahaja comel, malah ada juga diantara kucing-kucing tersebut yang unik dan luar biasa.
#1. Grumpy Cat

Kucing ini mula terkenal ketika muka muramnya menjadi tular di Reddit pada tahun 2012. Grumpy mempunyai 2.4 juta pengikut di akaun Instagram miliknya.
#2. Nala Cat

Kucing yang mempunyai baka jenis Siam dan Tabby ini mula dikenali di Instagram sejak 2012. Jumlah pengikut Nala kini sudah mencecah 3.5 juta.
#3. Lil Bub

Lil Bub dikenali dengan mata besar dan lidah yang selalu terjulur dan pernah membintangi filem Nine Lives. Kini Lil Bub mempunyai pengikut di Instagram sebanyak 1.7 juta.
#4. Choupette

Siapa tidak kenal kucing yang satu ini. Ia adalah kucing peliharaan seorang jurugambar di Paris, Karl Lagerfeld. Kucing ini memiliki pelayan, tukang masak serta bodyguard sendiri.
#5. Venus

Kucing ini memiliki dua wajah yang sangat unik. Jumlah pengikut Venus di Instagram telah mencecah 1.4 juta.
#6. Smoothie the Cat

Kucing yang mempunyai baka British Longhair ini menjadi terkenal kerana memiliki rupa yang fotogenik. Smoothie juga kelihatan tidak kekok apabila berhadapan dengan kamera.
#7. Maru Cat

Kucing yang mempunyai baka Scottish Fold ini tinggal di Jepun. Ia menjadi terkenal di seluruh dunia setelah beberapa videonya tersebar luas di media sosial.
#8. Shironeko

Shironeko membawa maksud kucing putih dalam bahasa Jepun. Ia terkenal dengan sifat suka tersenyum ketika tidur.
#9. Garfi

Garfi mendapat jolokan World’s Angriest Cat. Wajah kucing persia yang tinggal di Turki ini memang kelihatan sangat garang.
#10. Sam

Kucing yang tinggal New York ini mempunyai bentuk bulu kening yang menarik. Sehingga kini, Sam memiliki 244,000 pengikut di Instagram.
Sumber : Taiko Tv
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.