Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Ibadah Korban, Ketahui Dua Jenis Pembahagian Daging Korban Mengikut Tuntutan Islam

Daging korban terbahagi kepada dua jenis pembahagian sebelum diagihkan kepada golongan tertentu.
Muhammad Izwan Zainal
20 Jul 2021, 06:00 PM

Ibadah korban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam dan ia juga amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. 

Malah, ia telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah dan dalil pensyariatannya sabit dengan al- Quran dalam surah al-Kauthar ayat 2: Oleh itu kerjakanlah solat kerana Tuhanmu dan sembelihlah korban (tanda kesyukuran).

ibadah korban, ketahui dua jenis pembahagian daging korban mengikut tuntutan islam

Menurut perkongsian Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), pembahagian daging korban terbahagi kepada dua jenis, iaitu sembelihan korban wajib (nazar) dan sembelihan sunat.

#1 - Pembahagian daging korban wajib atau nazar

Wajib semua dagingnya termasuk kulit dan tanduk disedekahkan kepada orang fakir dan miskin, dan haram bagi pihak orang yang berkorban memakan daging korbannya atau memanfaatkan sembelihan itu untuk kepentingan dirinya.

ibadah korban, ketahui dua jenis pembahagian daging korban mengikut tuntutan islam

#2 - Pembahagian daging korban sunat

Menurut pandangan ulama mazhab Syafie:

i. Untuk dimakan oleh pihak yang berkorban dan ahli keluarganya.

ii. Untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin.

iii. Untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran.

ibadah korban, ketahui dua jenis pembahagian daging korban mengikut tuntutan islam

Menurut pandangan ulama mazhab Syafie, paling afdal jika bersedekah semuanya kecuali pada beberapa ketul atau suapan yang agak berpatutan dimakan oleh orang yang berkorban untuk mengambil berkat, seperti sebahagian hati kerana ia sunat dimakan.

Amalan ini pernah dilakukan oleh Nabi SAW ketika Baginda melakukan korban.
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}