Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

20 Checklist Amalan yang Boleh Dilakukan Sepanjang Ramadan

ROSTAM, Mohamad Firdaus
12 Feb 2026, 12:19 PM

20 checklist amalan yang boleh dilakukan sepanjang ramadanFoto sekadar hiasan

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah bermusim. Ia adalah bulan pembentukan takwa. Allah SWT sendiri menjelaskan tujuan puasa dalam Surah al Baqarah ayat 183:

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”

Maknanya jelas. Sasaran Ramadan ialah takwa, bukan sekadar menahan lapar. Berikut 20 checklist amalan harian berserta dalil agar kita benar-benar faham sandarannya.

1.⁠ ⁠Bangun Tahajud

Dalilnya dalam Surah al Isra ayat 79:

“Dan pada sebahagian malam, lakukanlah solat tahajud sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji.”

Tahajud adalah bukti kesungguhan hamba mencari reda Allah.

2.⁠ ⁠Bersahur

Rasulullah SAW bersabda:

“Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada keberkatan..”

- Hadis riwayat al Bukhari dan Muslim.

Keberkatan bukan hanya pada makanan, tetapi pada niat dan disiplin.

3.⁠ ⁠Solat Sunat Qabliyyah Subuh

Sabda Nabi SAW:

“Dua rakaat sebelum Subuh lebih baik daripada dunia dan seisinya..”

- Hadis riwayat Muslim.

Amalan ringkas, ganjarannya luar biasa.

4.⁠ ⁠Solat Subuh Berjemaah

Sabda Rasulullah SAW:

“Solat berjemaah lebih utama daripada solat bersendirian dengan dua puluh tujuh darjat..”

- Hadis riwayat al Bukhari.

Subuh berjemaah membina kekuatan rohani.

20 checklist amalan yang boleh dilakukan sepanjang ramadanFoto sekadar hiasan

5.⁠ ⁠Tilawah Al Quran Selepas Subuh

Ramadan ialah bulan al Quran. Surah al Baqarah ayat 185:

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza antara yang benar dan yang batil.”

Tilawah adalah roh Ramadan.

6.⁠ ⁠Solat Dhuha

Sabda Nabi SAW:

“Setiap pagi, pada setiap sendi kamu ada sedekahnya… dan memadai bagi semua itu dua rakaat dhuha..”

- Hadis riwayat Muslim.

Dhuha melatih kesyukuran atas nikmat tubuh badan.

7.⁠ ⁠Qabliyyah Zuhur

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang menjaga empat rakaat sebelum Zuhur dan empat rakaat selepasnya, Allah haramkan dia daripada api neraka..”

- Hadis riwayat al Tirmizi.

8.⁠ ⁠Solat Zuhur Berjemaah

Dalil umum menjaga solat terdapat dalam Surah al Baqarah ayat 238:

“Peliharalah semua solat dan solat pertengahan serta berdirilah kerana ALLAH dengan khusyuk.”

9.⁠ ⁠Ba’diyyah Zuhur

Solat sunat menampung kekurangan solat wajib sebagaimana disebut dalam hadis riwayat Abu Daud bahawa amalan sunat akan melengkapkan kekurangan fardu pada hari kiamat.

20 checklist amalan yang boleh dilakukan sepanjang ramadanFoto sekadar hiasan

10.⁠ ⁠Tilawah Waktu Tengah Hari

Allah berfirman dalam Surah Fatir ayat 29:

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab ALLAH, mendirikan solat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami kurniakan, mereka mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi.”

11.⁠ ⁠Solat Sunat Sebelum Asar

Rasulullah SAW bersabda:

“Semoga ALLAH merahmati orang yang solat empat rakaat sebelum Asar…”

- Hadis riwayat al Tirmizi.

12.⁠ ⁠Solat Asar Berjemaah

Tentang kepentingan Asar, Nabi SAW bersabda:

“Sesiapa yang meninggalkan solat Asar, maka terhapus amalannya..”

- Hadis riwayat al Bukhari.

13.⁠ ⁠Tilawah Menjelang Berbuka 

Sabda Nabi SAW:

“Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka… antaranya orang yang berpuasa sehingga dia berbuka..”

- Hadis riwayat al Tirmizi.

Waktu hampir berbuka ialah waktu mustajab doa.

14.⁠ ⁠Segerakan Berbuka dan Solat Maghrib

Sabda Rasulullah SAW:

“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka..”

- Hadis riwayat al Bukhari dan Muslim.

20 checklist amalan yang boleh dilakukan sepanjang ramadanFoto sekadar hiasan

15.⁠ ⁠Ba’diyyah Maghrib

Ia termasuk dalam solat sunat rawatib yang dijaga oleh Nabi SAW sebagaimana disebut dalam hadis riwayat Muslim.

16.⁠ ⁠Solat Isyak Berjemaah

Sabda Nabi SAW:

“Sesiapa yang solat Isyak berjemaah seolah-olah dia telah qiyam separuh malam..”- Hadis riwayat Muslim.

17.⁠ ⁠Ba’diyyah Isyak

Sebahagian daripada rawatib yang melengkapkan kekurangan solat fardu.

18.⁠ ⁠Solat Tarawih   

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang mendirikan Ramadan dengan iman dan mengharap pahala, diampunkan dosanya yang lalu..”

- Hadis riwayat al Bukhari dan Muslim.

 19.⁠ ⁠Solat Witir

Sabda Nabi SAW:

“Sesungguhnya Allah itu witir (Esa) dan Dia menyukai yang witir..”

- Hadis riwayat al Bukhari dan Muslim.

20.⁠ ⁠Tilawah Sebelum Tidur

Surah al Muzzammil ayat 20 menyebut:

“Maka bacalah apa yang mudah daripada al Quran.”

20 checklist amalan yang boleh dilakukan sepanjang ramadanFoto sekadar hiasan

Puasa Anggota Yang Wajib Dijaga

Jaga Lisan

Sabda Nabi SAW:

“Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan perbuatan buruk, maka ALLAH tidak berhajat kepada dia meninggalkan makan dan minumnya…”

- Hadis riwayat al Bukhari.

Jaga Pandangan

Surah an Nur ayat 30:

“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman agar mereka menundukkan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka.”

Jaga Pendengaran

Surah al Isra ayat 36:

“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dipertanggungjawabkan.”

Ramadan bukan sekadar menahan perut. Ia latihan menyeluruh seluruh anggota. Jika checklist ini diamalkan dengan kefahaman dalilnya, Ramadan bukan sahaja mengubah rutin, tetapi mengubah hati.

Dan mungkin, itulah Ramadan yang benar-benar mendidik jiwa menjadi bertakwa.

Sumber: Sunnah.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us